Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

pesanku untukmu

Assalamualaikum   Sayangku, seandainya hari ini adalah hari yang terakhir buatku. Izinkanlah aku menatap wajahmu. Berikan aku seukir senyum manismu agar aku bisa bertahan sedikit waktu lagi, biar aku dapat bernafas mencium harum wangianmu itu yang menusuk ronggaku. Sesungguhnya hati ini senang saat bersama denganmu tika bergelak ketawa denganmu, aku bahagia. Apabila menangis denganmu, aku juga bahagia. Hati ini berterima kasih kerana kau sudi berkongsi rasa ini dan membuka pintu hatimu buatku meskipun kau tahu siapa aku. Sayangku, hadirmu mengubah segalanya, memori lukaku terhapus semuanya. Apa yang ada? Cuma rasa cintaku padamu dan aku tahu engkau juga begitu. Sayangku, biarpun bahagia ini cuma sementara, ku harap engkau merelakannya. Ku pohon kau mengetikannya. Sayangku, aku tidak bisa lama lagi. Pandanganku ini berat sekali. Sekiranya jatuh kelopak ini, maka carilah pengganti agar kau gembira lagi, biar kau tidak berpatah hati kerana aku tidak dapat bersama denganmu memint...

kelebihan seorang lelaki

  Assalamualaikum Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, ,mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" . Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab "Sebab aku lelaki" . Anak perempuan itu berkata sendirian "Aku tidak mengerti" . Dengan kerut kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah menhatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki" . Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu ...

kejujuran seorang lelaki.

Assalamualaikum Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu. Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia ingi...

air mata seorang perempuan

Assalamualaikum   Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda terbiasa dengan auta bahwa perempuan memang suka menangis. Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda. Apabila dia menangis di hadapan anda, apabila dia menangis kerana anda. Pandanglah matanya, bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa? Pernahkah anda cuba untuk memahami apa yang dia rasa? Fikirkan ... Berbaloikah dia menangis di hadapan anda, hanya kerana anda? Dia menangis bukan kerana dia lemah, dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati. Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati. Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan. Cuba ambil masa untuk berfikir. Jika dia menangis hanya kerana anda, mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali dimana kesilapan anda? Kerana hanya anda yan...

03.07.2012

Assalamualaikum Ketika aku bangun pagi tadi, aku melihat seekor burung yang berterbangan bebas diawan yang sangat luas terbentang dilangit. Alangkah indahnya jika aku juga dapat merasakan kebebasan yang sama seperti apa yang dirasakan burung itu. Tapi apa yang terjadi kini? Kita hidup didunia yang penuh peraturan-peraturan yang mungkin tidak patut untuk diaturkan. Hal-hal yang kecil juga mempunyai peraturan-peraturan yang kadang menyusahkan segelitir manusia. Tapi siapalah aku? Mereka tentu tidak akan mendengarkan apa yang  ingin aku sampaikan kerana mereka menganggap aku sama seperti orang yang tidak tahu apa-apa. Mungkin kerana aku pendiamlah, mereka menganggap aku sedemikian rupa. Tapi untuk apa aku risau tentang semua itu, mereka kan belum kenal siapa aku yang sebenarnya, mereka belum tahu apa yang ada didalam isi otak aku. Mereka hanya memandang diri aku sama seperti mereka memandang daun kelor yang sangat kecil. Aku akan jadikan ini sebagai sebuah motivasi didalam hidup ...

Ibu dan Ayah

Ibu, Engkau adalah seorang yang sangat berarti bagiku Tanpamu, aku mungkin tidak akan dilahirkan kedunia ini Tanpa doronganmu, aku mungkin tidak dapat maju seperti sekarang ini. Ayah, Engkau adalah idolaku Engkau sangat berani dan tidak pernah mengenal kata lelah Aku akan sentiasa mengingatmu. Ibu,  Terima kasih atas segala pengorbananmu Tak dapat aku ucapkan seberapa besar pengorbananmu kepadaku Hanya sebuah bungkusan kecil yang dapat aku berikan kepadamu Hanya sebuah kata saja yang dapat aku berikan kepadamu "TERIMA KASIH IBU" Ayah, Walaupun kita sekarang berjauhan Engkau tidak pernah terlupakan Engkau akan selalu ku kenang walau sampai akhir hayat ini Dulu aku selalu membantah ketika kau menyuruhku "Maafkan aku ayah" Ibu dan ayah, Kalian adalah lilin hidupku Kalianlah yang sentiasa menerangi hidupku Tanpa kalian, mungkin hidup ini akan sentiasa gelap  Aku merindukanmu :'(

Fikirkanlah :)

Assalamualaikum   Waktu engkau berumur 1 tahun, dia menyuapi dan memandikanmu. Sebagai balasannya, kau menangis sepanjang malam.  Waktu engkau berumur 2 tahun, dia mengajarimu bagaimana cara berjalan. Sebagai balasannya, kau melarikan diri waktu dia memanggilmu. Waktu engkauberumur 4 tahun, dia memberimu pensil warna. Sebagai balasannya, kau coret tembok rumah dan meja makan. Waktu engkau berumur 7 tahun, dia membelikanmu sebuah bola. Sebagai balasannya, kau melemparkan bila ke jendela jiran. Waktu engkau berumur 10 tahun, dia menghantarmu kemana saja. Dari kolam renang sampai pesta hari jadi. Sebagai balasannya, engkau bermain asyik bersama kawan-kawan sehingga tidak mendengarkan panggilan orang tuamu. Waktu engkau berumur 13 tahun, dia menyuruhmu untuk memotong rambut kerana sudah saatnya. Sebagai balasannya, kau katakan "mama tidak tahu zaman" . Waktu engkau berumur 15 tahun, pulang sekolah dia ingin memelukmu. Sebagai balasannya,...

IBU

Assalamualaikum 01,07,2012 Allah mempunyai maksud tertentu ketika menciptakan manusia, dan maksud tersebut menjadi Tugas bagi setiap Manusia yang dilahirkan dimuka bumi. Agar masing-masing manusia dapat menjalankan tugas yang diberikan, Allah tidak pernah lupa untuk memberikan " Fungsi " yang unik kepada masing-masing manusia yang kemudian dinamakan " Bakat ". Kalau saja setiap Manusia boleh menemukan " Bakat "nya masing-masing, itu bererti bahwa kita boleh menemukan " Jalan " keberhasilannya masing-masing. Dan untuk mendapatkan tiket masuk ke jalan tersebut, diperlukan " Doa Ibu ", kerana Ibu memiliki kedudukan yang sangat tinggi dimata Allah.  Ketika kita dilahirkan didunia ini, senyum indah menyapa kita. Tiada kata yang dapat terucapkan selain senyum gembira melihat keajaiban yang bgitu besar ini. Mimpi, harapan dan cita-cita pun tersirat untuk kita didalam hati orang tua. Pengorbanannya sangat luar biasa membesarkan kit...